PROFAIL PADANG JAWA PETALING

PROFAIL PADANG JAWA PETALING

Tuesday, 27 April 2010

SUKAN TAHUNAN PASTI AZ ZAHRAH

18/04/2010 - Pasti Az Zahrah 4 telah berjaya mengadakan Fiesta Sukan tahunan pada 18hb April 2010 yang lalu. Bertempat di Padang Permainan Seksyen 17, Dewan MPP Zon 6, Fiesta ini telah berlangsung dengan begitu meriah sekali. Turut serta bersama sama Pasti Az Zahrah 4 adalah Pasti Al Amin yang turut mengadakan Fiesta Sukan tahunan mereka bersama.
Fiesta Sukan itu telah diresmikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam, Hj Azli bin Yusof.
Berlaku persaingan sengit dalam sukan yang dipertandingkan. Antaranya termasuklah lari sambil bawa tayar, sport rim, gelung dan belbagai lagi acara.
Turut diadakan ialah acara untuk ibu bapa serta jawatankuasa.
Akhirnya, rumah kuning telah muncul selaku juara keseluruhan.
Gambar gambar boleh di saksikan di Galeri aktiviti

Tuesday, 9 March 2010














Lorong 634B Lorong Hantu
17 buah rumah
Jumlah penduduk 85 orang














Lorong Hj Borhan Lot 634 c & D,
66 buah rumah
jumlah penduduk 350 orang.















Lorong Jasa
78 buah rumah
Jumlah penduduk 390 orang















Lot 2480 Lorong Hj bajuri
20 buah rumah
Jumlah penduduk 80 orang.

Monday, 8 March 2010

BANCIAN RUMAH DAN PENDUDUK






1. Lot 1410
26 buah rumah
Jumlah penduduk 104 orang











Lot 1414 Lorong Tok Janggut
66 buah rumah.
Jumlah Penduduk 264 orang











2. Lot 1415 Lorong Wak Jamal
56 buah rumah
Jumlah penduduk 224 orang











4.. Lot 1416 Lorong Tebu
76 buah rumah
Jumlah penduduk 304 orang











Lorong Klinik Aishah
49 buah rumah
Jumlah penduduk 196 orang











5. Lorong Lot 1412 Hj Kamil
42 buah rumah
Jumlah penduduk 168 orang







6. Lot 634A Lorong Johan Hj Wondo & Wak Muntamah
17 buah rumah
Jumlah penduduk 85 orang

7. Lot 634C Lorong Hj Borhan
70 buah rumah
Jumlah penduduk 350 orang

8. Lorong Jasa
78 buah rumah
Jumlah penduduk 312 orang

9. Lorong Lot 2480
12 buah rumah
Jumlah penduduk 60 orang

10. Lot 1409
32 buah rumah
Jumlah penduduk 128 orang

11. Lorong Sabah
13 buah rumah
Jumlah penduduk 52 orang

12. Lorong Indon
24 buah rumah
Jumlah penduduk 96 orang

13. Lorong India
43 buah rumah
Jumlah penduduk 172 orang

14. Lorong Bali
57 buah rumah
Jumlah penduduk 228 orang

15. Lorong Lot 1923
15 buah rumah
Jumlah Penduduk 60 orang

15. Lot 622
32 buah rumah
Jumlah penduduk 128 orang

Friday, 5 February 2010

Kedudukan Didalam Peta

Kampung Padang Jawa Petaling terletak di Negeri Selangor dan berada didalam Daerah Petaling Mukim Bukit Raja. Kampung ini adalah sebuah kampung tradisi yang terletak dalam kawasan himpitan diantara dua bandar besar yang mana di sebelah barat kampung ini adalah Bandar Diraja Klang manakala disebelah utara dan timur dikelilingi oleh Bandaraya Shah Alam. Di sebelah selatan ialah Sungai Klang. Terletak berhampiran dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, dalam Parlimen P108 Shah Alam dan DUN N41kawasan Batu 3.



KawasanParlimen.

Parlimen: P108 Shah Alam (75,334)
Penggal 12: YB. IR. Hj Khalid bin Abd Samad (PAS)
Jumlah Undi: 33,356
Majoriti: 9,314

Kawasan DUN.

DUN: N41 Batu3. (36,896)
Penggal 12 YB. Puan Rodziah Ismail (KEADILAN)
Jumlah Undi: 15,582
Majoriti: 3,563

Penduduk

Pada masa dahulu kawasan ini hanya didiami oleh kebanyakannya orang Jawa dan Melayu. Sedikit kaum India dan China yang berkerja sebagai penternak lembu dan penanam sayur. Kini oleh kerana kedudukannya kampung ini adalah stratigik dimana keseluruhan kawasan ini dikelilingi bandar dan kawasan industri, maka pada masa ini penduduknya adalah terdiri dari berbagai bangsa dan agama yang datang berhijrah dari seluruh Malaysia. Ada juga yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Bangladesh, dan beberapa Negara lain dalam dunia ini. Jumlah penduduk dianggarkan lebih kurang 15,000 orang.


Pekerjaan

Majoriti pekerjaan utama penduduk terletak didalam sektor perkilangan seperti kilang pembuatan Kereta Nasional, Elektronik, Bahan Makanan dan lain-lain. Disamping itu penduduk setempat telah mengambil peluang keemasan ini dengan membina rumah sewa untuk tujuan penyewaan. Ini sebagai hasil pendapatan penduduk kampung dimana ada pemilik yang berpendapatan hingga ribuan ringgit sebulan. Disebabkan kampung ini terletak dalam kawasan tengah bandar, maka ramai juga dikalangan penduduk yang menjadi ahli perniagaan dan juga bekerja dalam sektor perkhidmatan seperti Pejabat Kerajaan, Bank dan lain-lain.

Pertanian dan Perikanan.

Kampung ini tidak lagi sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian memandangkan pemilik yang mempunyai kawasan lebih berminat untuk mendirikan rumah sewa yang mendatangkan hasil lumaian. Mengikut sejarah asal, kampung ini memang terkenal dengan dusun buah-buahan. Sebahagiannya pula bekerja sebagai penoreh getah yang menjadi pekerjaan utama kepada penduduk. Ada juga yang menjadi nelayan kerana pada suatu masa dahulu Sungai Klang terkenal kerana dapat menghasilkan tangkapan seperti ikan air tawar, udang galah dan udang belacan. Dikiri kanan tebingnya menjadi tempat pembiakan pokok nipah dan pokok berembang. Juga menjadi tempat pembiakan Kelip-Kelip iaitu sejenis unggas yang bercahaya pada waktu malam. Sungai ini juga terkenal dengan habitat buaya tembaga. Saekor buaya yang paling besar pernah ditangkap oleh seorang nelayan bernama Karim. Diatas keberanian dan kecekapannya menangkap buaya, beliau terkenal dengan panggilan Karim Buaya. Kini keadaan sungai tersebut telah tercemar akibat mangsa pembangunan. Airnya telah tercemar disebabkan pembuangan berbagai sisa toksit dari kilang-kilang berhampiran. Pokok- pokok yang tumbuh meliar disepanjang sungai tersebut juga tidak dapat bertahan untuk terus hidup. Sungai ini tidak lagi berfungsi sebagai sumber rezeki penduduk. Diatas kesedaran para pemimpin negeri, sekarang ini sungai tersebut telah dipulihkan dan akan mulai kembali pulih seperti sediakala. Maklumat yang diperolehi dari Kerajaan Negeri Selangor, sungai tersebut akan dibangunkan untuk dijadikan kawasan Pelancungan. Dianggarkan memerlukan perbelanjaan sebanyak 10 Billion.

Sejarah Kampung.

Sebagaimana dilain-lain tempat yang mempunyai sejarah silam, kampung ini juga tidak ketinggalan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sebenarnya kampung ini telah wujud lebih daripada 130 tahun yang lalu. Lebih kurang sama umurnya jika dibandingkan dengan wujudnya Bandar Diraja Klang. Pada masa lalu kampung ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang mana nama-nama tersebut telah dilupai oleh generasi masa kini. Diatas usaha Ketua Kampung untuk mencari maklumat, maka sedikit sebanyak telah dapat mencungkil sejarah silam permulaan kampung.

Kampung ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu, terdiri daripada Padang Jawa, Padang Lalang, Sungai Rasau, Kg. Berangan, Teluk Benta dan Batu Gajah. Mula diteroka oleh seorang Jawa yang berasal dari Jawa Tengah Indonesia bernama Wak Kairan. Allahyarham adalah seorang pendekar yang terkenal dengan ilmu persilatan, gagah berani dan kekuatannya amat sukar ditandingi. Dari sumber yang diperolehi dari cerita-cerita Allhyarham Hj. Mahmud bekas imam masjid, Wak Kairan inilah yang mula-mula meneroka kampung ini dengan menebas, membersihkan segala hutan-hutan dan semak samun. Jika dalam kamus jawa, PADANG bererti membersih atau menerangkan kawasan dan telah dilakukan oleh seorang JAWA. Maka oleh kerana itu, kampung ini telah diberi nama Padang Jawa. Setelah era kemerdekaan, kawasan-kawasan ini dijaga dibawah satu jagaan ketua kampung dengan menggunakan nama Kampung Padang Jawa. Bermula tahun 80an, apabila berlaku persempadanan semula daerah, kampung ini terbahagi kepada 2 bahagian. Sebahagian dikenali sebagai Kampung Padang Jawa Daerah Klang yang diketuai oleh seorang Ketua Kampung dan yang sebahagian lagi dikenali sebagai Kg. Padang Jawa Daerah Petaling dan diketuai oleh seorang Ketua Kampung juga. Sempadannya ialah Jalan Besar Padang Jawa Klang.

Allahyarham Wak Kairan.

Seorang Pendekar yang mempunyai ilmu persilatan yang sangat tinggi serta gagah berani. Mempunyai tenaga yang amat luar biasa dan pernah bertarung dengan musuhnya dikawasan stesen keretapi selama tujuh hari tujuh malam tanpa berhenti rehat. Dari sumber yang diperolehi, beliau mampu menarik dan memberhentikan keretapi yang sedang bergerak. Wallahua’lam. Apabila meninggal dunia, Allahyarham telah dikebumikan di tanah perkuburan dihujung kampung. Selepas itu kuburnya telah dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan sekarang yang terletak berhampiran Lebuhraya Persekutuan.

Padang Lalang.

Berasal dari satu kawasan dimana kawasan tersebut dipenuhi dengan rumput lalang
dan terletak disebelah timur atau dalam bahasa jawa disebut KULON. Sekarang ini kawasan tersebut dikenali sebagai Padang Jawa Kulon.

Teluk Benta.

Berasal dari satu kawasan yang dipenuhi dengan pokok benta. Kawasan ini terletak disebelah selatan atau dalam bahasa jawa dipanggil kidol. Sekarang ini kawasan tersebut dikenali sebagai Jalan Tegas yang mana, nama jalan tersebut diberi sempena ketegasan seorang penduduk bernama En. Suradi bin Shaher. Beliau terkenal dengan ketegasannya didalam membuat keputusan setiap perkara.

Kg. Berangan.

Berasal dari satu kawasan yang terletak ditengah kampung dimana dikawasan tersebut terdapat sepohon pokok berangan. Pada masa itu hanya terdapat sepohon sahaja pokok tersebut. Kawasan tersebut juga dikenali sebagai dusun buah-buahan seperti manggis, durian, langsat dan sebagainya. Terdapat juga pokok getah yang mana menjadi hasil pendapatan penduduk. Apabila sebuah kilang baja didirikan berhampiran kampung ini, dengan tiba-tiba segala pokok buahan tidak lagi berbuah kerana kawasan ini telah tercemar dengan asap toksit. Ini menyebabkan sebilangan penduduk telah kehilangan mata pencarian. Pelbagai bantahan telah dibuat namum segala-galanya tidak berhasil. Hanya dalam masa yang terdekat ini, tindakan telah diambil. Kini kawasan tersebut telah kembali pulih seperti biasa apabila sebahagian aktiviti kilang tersebut telah dipindahkan. Sekarang ini kawasan tersebut dikenali sebagai Jalan Berangan.

Batu Gajah.

Berasal dari satu kawasan yang mana mengikut cerita dongeng, seekor gajah cuba berenang untuk melintas Sungai Klang. Tetapi di tengah-tengah telah dihalang oleh sejenis mahluk yang dipanggil Sang Kelembai. Sumpahannya itu menyebabkan gajah tersebut menjadi batu dan terletak betul-betul di tengah sungai. Pada suatu masa dahulu, apabila air sungai surut, batu tersebut akan kelihatan dan menjadi kawasan pusaran air. Wallahua’lam.

Sungai Rasau.

Kawasan ini diambil dari nama sebuah anak sungai yang dikenali sebagai Sungai Rasa. Hulu sungai ini bermula dari sebuah kawasan yang dikenali sebagai Air Kuning. Panjang sungai ini dianggarkan sejauh lima batu. Bagaimana pun nama tersebut maseh kekal sehingga sekarang. Sebahagian daripada kawasan ini pula dikenali sebagai Rimba Jaya. Kawasan tersebut pada asalnya adalah kawasan paya dan semak samun. Sedikit kawasan dijadikan kawasan pertanian tanaman sayuran oleh peneroka china. Kemudian telah diteroka oleh sebilangan penduduk yang datang dari luar Kg. Padang Jawa untuk dijadikan kawasan kediaman dan dinamakan Rimba Jaya. Kini kawasan penerokaan tersebut telah lenyap dan telah dibangunkan sebagai kawasan perumahan. Disinilah terletaknya bangunan Pangsapuri Rimba.

Stesen Kereta Api.

Dizaman era empat puluhan terdapat 2 stesen kereta api dalam kampung ini kerana ditengah-tengah kawasan kampung ini menjadi laluan keretapi dari Kuala Lumpur ke Klang, Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor. Satu stesen terletak dimana sekarang ini dijadikan kawasan rumah kediaman kakitangan KTM. Satu lagi stesen, terletak di penghujung kampung berhampiran Jalan Conought Bridge.

Stesen Keretapi Padang Jawa.Stesen perhentian untuk penumpang dan juga sebagai tempat memuat dan memunggah barang bagi keretapi yang dikenali Keretapi Barang. Pada waktu itu stesen tersebut amat penting sebagai perhubungan dari bandar ke bandar. Waktu itu juga hanya keretapi sahajalah sebagai kenderaan pengangkutan yang paling mudah. Dikendalikan oleh seorang Stesen Master yang tinggal di kuaters berhampiran.

Stesen Keretapi berhampiran Jambatan Baily Connought Bridge.

Stesen ini sebagai tempat persimpangan kereta untuk menghala ke Kuala Selangor dan ke-Klang. Pada masa ini jalan keretapi yang menghala ke-Kuala Selangor telah ditutup memandangkan tidak ekonomi dan tidak diperlukan lagi. Juga dijadikan sebagai tempat perhentian penumpang. Kini kawasan tersebut terbiar dan sebahagian kawasan telah diteroka yang mana sekarang ini dikenali sebagai Kawasan Seri Kenangan.

Stesen Keretapi Yang Baru.

Pada masa ini, sebuah stesen yang baru telah dibina berhampiran tapak yang lama. Keretapi penumpang juga telah diganti dengan system baru yang dikenali keretapi Komuter. Ini dapat mempercepatkan perjalanan diantara Kuala Lumpur kearah Pelabuhan Klang yang dianggarkan memakan masa selama dua jam.

Jalan Mat Raji

Panjang Jalan ini adalah sekitar 800 - 900 meter. Sekiranya anda menuruni Jambatan Padang Jawa, anda perlu membelok ke kiri untuk ke jalan ini. Nama jalan ini diambil sempena dari seorang tokoh besar Padang Jawa. Haji Mohamad Raji terkenal dengan sikap beliau yang tegas dalam menangani sesuatu isu. Sewaktu Zaman Jepun rumah beliau adalah antara tempat utama yang dijadikan tempat perlindungan penduduk penduduk kampung. Kehadiraan tentera Jepun pada ketika itu telah dapat ditangani dengan cara muslihat dan hanya barangan barangan sahaja yang dirampas oleh tentera Jepun seperti basikal, kasut dan selipar sahaja. Allayarham Hj Mohamad Raji meninggal sekitar tahun 70an.

Jalan Bilal Wondo,

Kedudukan Jalan ini ialah terletak berdekatan stesen keretapi Padang Jawa. Sekiranya anda menurun dari Jambatan Padang Jawa, anda perlu membuat pusingan U untuk ke Jalan Bilal. Panjang jalan ini adalah sekitar 800 meter. Nama jalan ini diambil dari seorang lagi tokoh dan antara pengasas Kampung Padang Jawa Petaling. Beliau ialah Allayarham Tn Haji Wondo. Sewaktu hayatnya, beliau adalah Bilal pertama bagi Masjid Padang Jawa yang sekarang ini dikenali sebagai Masjid As Solihin. Di waktu zaman perkhidmatan beliau sekitar tahun 70an, beliau amat dikenali oleh penduduk kampung sebagai seorang Bilal yang mempunyai suara yang nyaring. Ketika itu kentung atau beduk akan dipukul terlebih dahulu sebelum azan dilaungkan. Allahyarham meninggal dunia sekitar 1999.

Jalan Tegas.

Kedudukan Jalan Tegas ialah di bahagian belakang Jalan Mat Raji. Panjang jalan ini adalah sekitar 400 meter. Sekiranya anda menuruni jambatan Padang Jawa dari Simpang empat (PUSPAKOM) anda perlu jalan terus sekitar 200 meter sebelum membelok ke sebelah kiri. Nama Jalan Tegas ini di ambil sempena ketegasan salah seorang penduduk asal Kampung Padang Jawa Petaling. Beliau adalah Sdr Suradi yang dikenali dengan ketegasannya menangani sesuatu perkara, namun perkara itu mestilah perkara yang benar samada dari keadaan apatah lagi dari segi agama Islam. Beliau yang masih tinggal di Jalan tersebut merupakan seorang yang amat dihormati oleh semua orang.

Lorong Lorong di Padang Jawa Petaling

Terdapat sebanyak 39 lorong lorong kechil sekitar Padang Jawa Petaling. Lorong lorong tersebut adalah :

  1. Lorong Tok Janggut Lot 1414
  2. Lorong Lot 1415
  3. Lorong Tebu Lot 1416
  4. Lorong Johan lot 1636
  5. Lorong Hj Mohd Yassin Lot 1637
  6. Lorong Hj Kamil Lot 1412
  7. Lorong Hantu Lot 634B
  8. Lorong Haji Borhan Lot 634D,
  9. Lorong Jasa Lot 2479
  10. Lorong Wak Selamat Lot 2480
  11. Lorong Hj Osman Lot 1409
  12. Lorong Hj Bajuri Lot 1410
  13. Lorong Kaum India Lot 1543
  14. Lorong Ravi Lot Lot 1543
  15. Lorong Bali Lot 1923
  16. Lorong Liana Lot 624
  17. Lorong lembah Lot 626
  18. Lorong To' Hamid Lot 627
  19. Lorong Sri Aman Lot 627
  20. Lorong Haji Maarof Lot 2512
  21. Lorong Wak Sharif lot 2513
  22. Lorong Taman Mat Raji Lot 635
  23. Pangsapuri Puteri Lot 2633
  24. Lorong Wak Sudar Lot 2634
  25. Lorong Taman Baru
  26. Lorong Wak Joko Lot 640
  27. Lorong Banyak Indon Lot 641
  28. Lorong Hj Ramlan Lot 642
  29. Lorong Bengkel Manap Lot 643
  30. Lorong Wak Sirat Lot 645
  31. Lorong Wak Zakaria Lot 645
  32. Lorong Hj Bunyamin Lot 646
  33. Lorong India Ayub Maju Lot 648
  34. Lorong Haji Bakar Lot 625
  35. Lorong Wak Suradi Lot 2481
  36. Lorong Wak Suraman Lot 2482
  37. Lorong Hj Ahmad Toha Lot 1940
  38. Lorong Jalan Sekolah Lot 794
  39. Lorong India Servis kereta Lot 1939

Sang Kelembai

Mengikut dari cerita-cerita dongeng orang-orang tua, sang kelembai ialah sejenis mahluk yang amat jahat. Barangsiapa cuba menghalang kelakuan, atau menegur perbuatannya, akan menerima padah sumpahannya. Ini membuatkan semua mahluk lain takut kepadanya. Wallahua’lam

Karim Buaya.

Seorang nelayan yang telah meninggal dunia. Terkenal kerana keberaniannya menangkap buaya di Sungai Klang. Pernah menangkap saekor buaya yang amat besar. Oleh kerana besarnya ukuran buaya tersebut, tengkoraknya telah disimpan disebuah Muzium persendirian. Sungai Klang juga memang terkenal dengan habitat buaya tembaga.

Pokok Nipah.

Sejenis pokok palma dan berbuah tandan yang tumbuh melata disepanjang tebing sungai. Daunnya boleh dijadikan sebagai atap rumah. Buah nipah boleh dimakan oleh kita manusia. Isinya menyerupai isi kelapa muda, berbentuk segi dan bertandan menyerupai kelapa sawit. Niranya boleh dijadikan gula. Orang dahulu kala sangat pintar mencari bahan untuk dijadikan sumber bahan makanan. Tidaklah seperti sekarang dimana setiap keperluan makanan mesti dibeli. Pada waktu dahulu, kebanyakan rumah-rumah kampung menggunakan daun ini sebagai atap rumah kerana tidak memerlukan kos. Daun di anyam pada sebilah buloh, dijemur dan kemudian apabila kering, boleh digunakan untuk menjadi atap. Ada juga yang menjadikan daun ini sebagai dinding rumah. Ketahanannya dianggarkan melebihi 10tahun. Daun yang muda pula, jika dikeringkan boleh dijadikan rokok. Orang dahulu menjadikan daun nipah yang dikeringkan sebagai daun rokok. Daun ini boleh dihisap dengan begitu sahaja. Mengikut cerita dari orang tua-tua, daun ini jika dihisap, boleh menambahkan kekuatan tenaga batin. Wallahualam.

Pokok Berembang.

Pokok ini hidup dengan subur disepanjang tebing sungai yang berlumpur. Mempunyai akar yang kuat serta boleh menahan hakisan tebing sungai. Pokok ini rendang dan berbuah, menjadi tempat habitat unggas kelip-kelip atau dikenali sebagai kunang-kunang. Waktu malam, kawasan tebing sungai ini akan kelihatan sangat indah dan cantik dengan cahaya gemerlapan dari unggas tersebut. Buah berembang boleh dimakan oleh manusia. Rasanya agak sedikit masam tetapi apabila dimakan bersama garam ianya memang enak. Buah berembang memang menjadi idaman kepada binatang yang hidupnya diatas pokok seperti monyet, kera dan lain-lain.

Kelip-Kelip atau Kunang-Kunang.

Sejenis unggas yang hidupnya banyak terdapat ditebing-tebing sungai dimana terdapat pokok berembang. Pada waktu malam, unggas ini boleh mengeluarkan cahaya kebiru-biruan. Apabila unggas ini berterbangan, cahayanya berkerlip-kerlipan. Oleh sebab cahaya tersebut berkerlipan, maka unggas itu dipanggil kelip-kelip atau dalam kamus English disebut Firefly.

Ulasan.

Begitulah serba ringkas penerangan yang dapat saya berikan dalam merekodkan sejarah kampung Padang Jawa. Ini sebagai ingatan dan panduan kepada generasi seterusnya. Saya sebagai manusia biasa, dan bukannya dari pakar sejarah, maklumat yang saya berikan tidaklah terlalu tepat. Mungkin banyak kekurangan atau kesilapan. Hanya Allah sahaja yang Maha Melihat dan Mengetahui.

Oleh yang demikian, saya selaku Ketua Kampung memohon maaf jika sekiranya terdapat sebarang keraguan atau kesilapan dalam catitan ini. Segala yang Benar datangnya dari Allah. Yang salah dan silap datangnya dari saya. Wallahua’lam

SEJARAH PADANG JAWA PETALING



PROFIL
KAMPUNG PADANG JAWA PETALING


KAMPUNG : KAMPUNG PADANG JAWA PETALING

MUKIM : BUKIT RAJA

DAERAH : PETALING

NEGERI : SELANGOR DARUL EHSAN

PARLIMEN : SHAH ALAM ( P108 )

DUN : BATU TIGA ( N41 )

KETUA KAMPUNG : TUAN HAJI ABDUL AZIZ BIN HAJI BARHAN

PENGHULU : TO`ARZMI BIN MOHD ATAN

AHLI PARLIMEN : YB IR.KHALID ABDUL SAMAD

WAIL ADUN : YB PUAN.RODZIAH ISMAIL

KELUASAN KAMPUNG : 559,259.3m2 (138.196 ekar) -58LOT

JUMLAH PENDUDUK : 11.698 ORANG








PROFIL
KAMPUNG PADANG JAWA PETALING

BANCIAN PENDUDUK
NO PERKARA BILANGAN UNIT
1 JUMLAH PENDUDUK 11698 ORANG
2 BILANGAN LELAKI 6086 ORANG
3 BILANGAN PEREMPUAN 5612 ORANG
4 JUMLAH KELUARGA 1743 KELOMPOK
5 JUMLAH BUJANG 1006 KELOMPOK


TABURAN PENDUDUK MENGIKUT PERINGKAT UMUR

NO UMUR LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

1 0~1 TAHUN 112 131 242
2 1~3 TAHUN 304 329 633
3 4~6 TAHUN 470 535 1005
4 7 ~12 TAHUN 665 694 1309
5 13~17 TAHUN 337 358 695
6 18~40 TAHUN 3270 2730 6000
7 41~60 TAHUN 844 840 1684
8 61 TAHUN KEATAS 85 44 129


JUMLAH 6087 5561 11698


STRUKTUR AHLI JAWATANKUASA JKKK


NAMA NO KAD PENGENALAN JAWATAN ALAMAT &
NO TELEFON
HAJI ABDUL AZIZ BIN HAJI BARHAN PENGERUSI
SHAN ROM SAZALI BIN KARMAN SETIUSAHA
MOHD ZAHID BIN HAJI BORHAN BENDAHARI
HAMDAN BIN ABDUL GHANI AJK BIRO KESELAMATAN
BAHARUDDIN BIN HAJI DAUD AJK BIRO KESELAMATAN


AZMAN BIN MOHD TAIB AJK BIRO EKONOMI
MOHD NASIR BIN KELING AJK BIRO KEBAJIKAN
MAHFUZ BIN OTHMAN AJK BIRO AGAMA DAN PENDIDIKAN
KHAIRUL BIN HAJI ZAKARIA AJK BIRO ICT

STRUKTUR BIRO-BIRO JKKK

BIRO PEMBANGUNAN DAN INSFATRUKTUR JAWATAN NO TELEPON
HAJI ABDUL AZIZ BIN HAJI BARHAN KETUA
SHAN ROM SAZALI BIN KARMAN NAIB KETUA

BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT JAWATAN NO TLEFON
MOHD ZAHID BIN HAJI BORHAN KETUA 019-2467066
KHAIRUL BIN HAJI ZAKARIA NAIB KETUA 012-3917460